Thursday, February 25, 2021

Emas Preloved Anuar

 Hi gais
merujuk kepada post sis dekat sini
yang menceritakan pasal target sis
untuk ada loket sempua sebijik
malangnya dah masuk 2021
masih belum tercapai ye
tapi benda lain pula tercapai
hari ni tibalah gelang kaki yang dinanti
sis beli online dari kedai emas anuar
tapi beli yang preloved je bukan new item
beli dengan kadar emas 228/g tanpa upah
sekarang ni kalau beli yang baru pun
kadar emas semasa 229/g je
cuma ada upah mengikut design gelang tula
kedai emas anuar ni famous
ada banyak branches di seluruh malaysia
paling dekat dengan rumah ni pun ada satu
dekat sungai buloh
memang one of the truster gold seller

Selain dari loket sempua
sis dah lama aim nak gelang kaki juga
sebab jenis yang pakai gelang kaki dari kecik
tapi rasanya gelang kaki dengan tangan ni
dedua mama jual dulu
dengan alasan untuk ganti yang baru
tapi tak terganti pun
dah kahwin ni baru mama hadiahkan rantai
gelang tangan pula dapat masa hantaran kahwin
beli pattern lama, design gajah gantung
sebijik macam gelang masa kecik dulu
sebab suka pattern tu
gelang kaki yang baru sampai ni pun
pattern lama juga, design mesin je
cuma takde loceng
sebab macam tak baik kan kalau ada loceng
menarik perhatian orang achegitew



Berat gelang kaki ni 10.42g
jadi total dalam rm2375.76 juga
plus kena add on delivery rm10
sebab depa post dari bukit mertajam, penang
kedai emas anuar yang jual emas preloved ni
memang satu-satunya dekat bukit mertajam je
risau lah juga selagi emas tak sampai tu
hari-hari seratus kali dok check tracking no ha
dah lah dorang guna courier jnt
 jnt kan recently tengah hot pasal staff mogok
kang ada yang tak sampai pula parcel kita
tapi alhamdulillah lah, syukur pada maha yg esa
kerana semuanya selamat ya
parcel tu dekat stated seller tak tulis kedai emas pun
dorang tulis dari shopee
then label barang kosmetik
packaging kedai emas ni pula agak menyedihkan
sebab guna kotak bodoh dari mrdiy je
bukan macam kotak merah kedai emas biasa
mungkin sebab preloved? haha

Husband cakap bonus dia hujung bulan 4
kalau tercapai target bonus 3 bulan tu
sis boleh lah claim harga gelang kaki ni dekat dia
mohon doakan ya semua hihi
okay next target!
loket sempua for real!
xx

No comments:

Post a Comment