Sunday, March 22, 2020

Penang Trip Day 1 - Entopia

Hai gais!
okay lepas setel checked in Hotel EQ Ferringhi Hotel
sis dengan husband ke Entopia
kenapa sis tetiba nak pergi Entopia?
sebab sis nampak gambar giant glass house kat twitter
ala-ala flower dome Singapore tapi macam kecik sikit
rupanya tempat tu adalah Entopia Penang!
terus excited and booked entrance ticket dekat Wonderfly
kebetulan Wonderfly tengah buat buy 1 free 1 promo
sempena cuti sekolah bulan March
jadi sis sempat grab harga tiket RM15.68/pax
actual price RM39/pax
murah kan?






Entopia dibuka tahun 2016
menggantikan Penang butterfly farm yang lama
beroperasi dari pukul 9am sampai 6pm
Entopia ni terbahagi kepada dua tau
Natureland dan Cocoon
Natureland ni area glasshouse tulah, outdoor
ada air terjun buatan, tasik, taman, gua artificial
dengan rama-rama terbang macam tu je
bebas di angkasa
selain rama-rama, ada juga reptilia lain tau
tapi semua dalam cage
ada macam-macam jenis katak, iguana, labah-labah, ular,
kura-kura alligator, serangga-serangga daun macam
mentadak belalang kumbang dan sebagainya lah






Cocoon pula macam discovery centre
yang ni indoor, ada dua tingkat
mostly pasal life cycle rama-rama
pastu ada lab untuk pembiakan rama-rama
dari telur - beluncas - pupa - rama-rama
banyak benda boleh belajar kat sini tau
sesuai noh budak-budak sekolah buat lawatan kat sini
menarik gila
Entopia ni banyak eksport pupa ke zoo dan
tempat perlindungan rama-rama di seluruh dunia!
ha jangan tak tahu, bukan kaleng kaleng gais



bila hari dah senja
kiteorang pun keluar dari Entopia
dan balik ke hotel
malam tu kiteorang dinner around hotel je
sebab keliling hotel memang banyak hawker stalls
so kiteorang decided untuk makan char kuey tiow ayam
banyak je lagi kedai lain
nak mamak pun ada nak fast food macam mcd kfc pun ada
semua walking distance, function kan hotel ni? ha
sekian itu saja
sambung di next post
xoxo bye!

Saturday, March 21, 2020

Penang Trip Day 1 - Nasi 7 Benua Koo Boo Cafe

Hi gais!
previous post sis ada bagitau yang
sis ke penang dari 14/3 - 17/3
menggantikan anniversary trip sis ke Phuket
so, lets begin!

sis bertolak dari kota damansara pukul 8.30 pagi
dan sampai dekat Koo Boo Cafe pukul 1 petang
just the right time for lunch lah
so apa yang menarik minat sis untuk
try nasi 7 benua ni adalah
of course lah sebab kaler dia yang warna-warni tu kan
rasanya itu memang tarikan utama dia kot
actually nasi 7 benua ni dekat Bangi Gateway pun ada
tapi mestilah kita nak rasa yang ori punya
so, Koo Boo Cafe ni terletak di Bayan Lepas
kedai dia agak panas ye kalau datang tengahari
sebab siling cafe ni rendah, jadi kedai tu agak bahang
memang cerita dia makan sambil berpeluh lah



Okay nak cerita pasal nasi 7 benua ni
nasi 7 benua ni terdiri daripada 7 jenis nasi iaitu
nasi putih, nasi tomato, nasi lamuni,
nasi lemak pandan, nasi hujan panas, nasi kacang
dan nasi minyak
saiz setiap benua tu sebesar jari korang bila buat '0'
bila dah mixed all benua together
memang jadi banyaklah nasi nya
harga nasi 7 benua ni adalah RM2 je
tak termasuk lauk





apa yang paling PENTING kalau korang makan nasi 7 benua ni
adalah LAUK yang korang ambil (take note ye)
kalau korang ambil lauk yang tak best
maka tak best lah nasi 7 benua tu jadinya
macam sis, sis ambil lauk rendang
dan nasib baik lauk rendang tu sedap
macam redha, dia ambil lauk ayam goreng je, takde kuah
jadi nampak lah tak sedap hahaha
tengok gaya muka dia makan pun
macam kena paksa telan je hahaha
harga lauk ayam ni RM5 je
so total sorang makan adalah RM7
tak mahal pun kan?
standard lunch orang-orang pejabat lah



kalau tanya sis nak pergi lagi atau tak ke Koo Boo Cafe ni
jawapan sis honestly TAK
sebab dia just nasi biasa je
takdelah sedap sangat-sangat pun
cukuplah dapat rasa sekali je
lepas setel lunch, sis terus gerak ke Hotel
hotel yang sis booked area Batu Feringghi
hotel beshe-beshe je ni sebab fikir untuk bermalam je
jom sambung next post pasal Entopia!

xoxo

Friday, March 20, 2020

Restricted Movement Order (RMO)

Hai gais!
seperti sedia maklum
kerajaan dah lancarkan RMO untuk
prevent wabak covid-19 di malaysia
supaya keadaan tak bertambah teruk
bermula dari rabu kelmarin
18/3 sehingga lah 31/3
jadi secara tak langsung, selasa sebelum tu
xox pun send out lah email to all staffs
supaya memasing work from home

Kiranya hari ni dah hari ketiga lah WFH
dan dan je selasa lepas sis baru balik dari penang
pastu terus sambung cuti sampai hujung bulan ni kan
WFH ni memang cuti bagi sis
sebab sis tersangatlah tak produktif kalau WFH
productivity tu kiranya near to zero lah to be honest
most of the time terkurung kat rumah ni
memang basically aktiviti sis, tido-masak-movie-repeat
ada 11 hari lagi to go gais
bapak pishang gila taktau nak buat apa dah ni
ni lagi pishang dari cuti sem
ni kalau dapat pergi beli aiskrim
dekat speedmart bawah ni pun dah cukup happy
sis punya pishang ni sampai tetiba rasa nak baking tau
walaupun sis tak pernah baking sepanjang hidup sis

masa balik dari penang selasa lepas
sis sempat singgah tesco ara damansara
ingat nak beli groceries sikit lah kan
kata nak hibernate kat rumah for two weeks
tapi sayur-sayur kat tesco semua kosong gais
nak beli apa cani kalau dah semua kosong
ni gara-gara panic buying masa hari isnin tu lah
percaya atau tidak
hari ni kes covid-19 kat Malaysia dah 1000 case tau
sis malas lah nak bebel pasal masyarakat kita ni
sis baca netizen dok bebel pun sis dah nak termuntah
scroll-scroll semua marah-marah
tambah lagi dengan redha punya reaction lepas baca twitter
pasal malaysian yang tak reti dok rumah
dia pula marah verbally macam tu masalah dia
lagi lah sis pening
sis punya reaction dekat dia most of the time
'nak marah sangat buat apa
kita tak boleh nak buat apa pun kan'
betul lah kita patut marah tapi you know
kalau marah-marah tapi takde action pun tak guna kan?

apepun, sis plan untuk these 11 days to go
untuk update blog sis pasal 3 trips sis yang pending
doakan supaya sis rajin tau!
till then, be safe everyone
stay at home, jangan balik kampung
dan jangan merayau tak tentu hala
jumpa di next post esok
xoxo bye!



Friday, March 13, 2020

Trip Bajet 2020 ke Batam & Pulau Bintan - Part 3

Hi gais!
Still dekat day2 tak berganjak
berjela-jela tak post sis? hahaha
okay, this post nak highlight dekat Treasure Bay je
yang terletak di Pulau Bintan, Kepulauan Riau
Pulau Bintan bukan part of Batam ye
apa lah gunanya korang pergi ke Pulau Bintan
tapi tak pergi Treasure Bay huhu
korang tahu kan Treasure Bay ni ada swimming pool
yang terbesar di Asia Tenggara dan actually
second terbesar di dunia?
luas kolam ni adalah sebesar 6 hektar!
air swimming pool tu pula adalah air masin
design tepi kolam pula ada pasir, fefeeling pantai gittew
tak heran lah kalau orang ingat
kiteorang tengah bercuti dekat Maldives! haha









Treasure Bay memang cantik gila
entrance tiket kalau walk in dalam RM37
so sis suggest korang beli dekat Klook siap-siap
korang boleh klik dekat sini
beli dekat Klook ni function gila, tiket tu dah sekali
dengan access game slip and slide
Rm27 je, so memang jimat lah

tapi kalau korang nak lagi jimat
korang boleh stay dekat resort yang
memang dalam kawasan Treasure Bay tu
iaitu resort Anmon dan Natra
tak sure pula rate both resort tu berapa
korang boleh lah check sendiri dekat Agoda ye















Macam-macam aktiviti yang korang boleh buat
dekat Treasure Bay ni
kalau korang beli entrance tiket yang RM27 macam sis
selain game Slip and Slide tu memang kena bayar asing
Boleh je beli dekat Klook kalau nak main semua game
pilih lah pakej yang include semua game
tapi korang kena datang awal lah
takut tak sempat nak main semua game
macam sis, Pak siben drop kiteorang dekat Treasure Bay
time tu dah 2 petang
kiteorang dekat Treasure Bay sampai pukul 6 je
sebab nak balik kejar solat jamak
balik jalan kaki ke Bintan Service Apartment tak jauh pun
jalan sambil borak dengan kawan-kawan ni
sekejap je dah sampai
on the way balik tu kiteorang singgah food court jap
tapau makanan untuk dinner malam tu
memang rehat jela malam tu
sebab dah seharian ke sana ke sini kan
hari esoknya nak pusing satu Pulau Bintan

sekian itu saja
bersambung di next post

pasal tempat-tempat menarik di Pulau Bintan
xoxo bye!

Wednesday, March 11, 2020

Trip Bajet 2020 ke Batam & Pulau Bintan - Part 2

Day 2 : Khamis 13/2
pepagi lagi memasing dah bangun bersiap
lain maciam betul energy memasing nak pergi bercuti ni
dah lah malam sebelumnya tak cukup tido kan
tapi nak pergi berjalan punya pasal 
elok je semua bangun awal pagi 😆
Breakfast kiteorang pagi tu adalah sikmak telur rm3 sebab
Depan hotel Euro + ni ada brader bukak payung jual sikmak
jadi kiteorang dah sesiap beli
boleh lah breakfast dekat terminal puteri harbour tu nanti

Bila dah sampai puteri harbour
korang kena tukar printed ticket dari easybook tu
tukar dengan tiket sebenar dekat counter
dia just perlukan passport korang dan juga duit ferry tax
ferry tax sorang rm17
terminal puteri harbour ni betul-betul tak ramai orang
taktahu lah kot sebab musim corona virus, tu yang tak ramai orang
aman je dan kawasan dia cantik
then kalau tak breakfast lagi, ada je stand cafe kat situ
boleh je makan dulu sebelum dorang panggil masuk
untuk beratur cop passport dan check kastam

Perjalanan dari Terminal Puteri Harbour ke Batam Center
mengambil masa lebih kurang 2 jam
kiteorang sampai Batam Center tu
agak-agak pukul 10.30am waktu malaysia
Batam ni lambat sejam dari Malaysia
so kiranya masa tu baru pukul 9.30am
kiteorang terus keluar dari bangunan terminal
jalan kaki sikit menghala ke kiri
cari bangunan Singtel
Singtel ni macam Celcom kat Malaysia
syarikat jaringan telekomunikasi terbesar di Indonesia
kalau tak jumpa, korang tanya lah dekat pak guard
hati-hati dengan brader teksi tau
takut dorang follow korang dari pintu terminal tu
sebab kawasan terminal tu dipanggil red zone
grab tak boleh masuk

kiteorang ni nak beli simcard untuk book grab
grab untuk ke pelabuhan telaga punggur lagi murah dari teksi
okay, simcard yang Singtel jual untuk tourist
hanya lah simcard 10GB, harga 100k rp
kira murah tau ni gais, tak tipu
Benchmark dia cani, 1GB - 10k rp
kalau mahal tu kiranya korang kena ketuk lah 😂
jadi nak selamat, beli lah dekat bangunan Singtel tu sendiri
proses dia tak lama pun
dia akan minta passport korang je untuk registration
then bila dah setel semua, grab datang amek kiteorang
betul-betul dekat pintu masuk bangunan Singtel

Perjalanan ke Pelabuhan Telaga Punggur
mengambil masa dalam 30 minit
sepanjang perjalanan, pakcik grab ajak berbual-bual
tapi sayangnya topik yang pakcik tu keluarkan
sangatlah sensitif ye hahaha 
dia bualkan topik gojek taknak diterima di Malaysia
pastu cerita pasal Manohara, ex wife adik Sultan Kelantan
memang krik-krik lah ceritanya
lega betul bila dah sampai Pelabuhan Telaga Punggur tu
cepat-cepat kiteorang cari kaunter speedboat 
untuk ke Pelabuhan Tanjung Uban, Pulau Bintan

nak pergi Pulau Bintan ni korang boleh naik
speedboat atau roro (ferry)
kalau naik speedboat, 15 minit je
naik roro dalam sejam juga lah baru sampai
dan harga tiket of course lah naik roro lagi murah
tapi disebabkan kiteorang kejar masa nak pergi Treasure Bay
kiteorang terpaksa lah naik speedboat, 53k rupiah
Pelabuhan di Pulau Bintan pula ada dua
Tanjung Uban atau Tanjung Pinang
sis turun dekat Tanjung Uban
Kalau korang nak pergi Treasure Bay,
Lagoi Bay, Gurun Pasir tu semua 
korang turun lah dekat Tanjung Uban
kalau nak pergi Pantai Trikora, Pantai Penyengat tu semua
boleh lah turun dekat Tanjung Pinang
depends on korang punya itinerary lah
dan kat mana korang booked hotel korang tu
banyak hotel mur mur terletak di Tanjung Pinang
sebab Tanjung Pinang ni macam pekan kecil Pulau Bintan
resort-resort mahal mostly dekat area Lagoi
sis suggest korang amek Anmon resort /Natra resort

sebab dia dalam Treasure Bay
so dapatlah free entrance ke Treasure Bay huhu 

Hotel yang sis booked untuk
stay kat Pulau Bintan ni pun dekat Lagoi
dari Tanjung Uban nak ke Lagoi amek masa sejam tau
jadi korang bayangkan lah cemana hari kiteorang
dari satu tempat ke satu tempat
tak juga sampai-sampai ke destinasi tu hahaha
kalau pergi dengan family ni
memang confirm lah mak-mak dah bebel-bebel kan
bila nak sampai ni, sakit kaki tahu?!
jadi trip bajet macam ni hanya sesuai
pergi dengan kawan-kawan ye anak-anak
atau parents muda yang sukakan cabaran gitteww
so, dari Tanjung Uban nak ke Lagoi ni
sis dah booked supir siap-siap dari Malaysia
jadi masa kiteorang sampai tu, supir memang dah tunggu
nama supir ni Pak Siben, hensem betul orangnya
Pak Siben ni jemput kiteorang dengan Avanza
dan terus hantar kiteorang ke Bintan Service Apartment
bila dah setel urusan check-in, letak beg semua
kiteorang keluar balik untuk pergi lunch
dan terus ke Treasure Bay!

Tahu tak gais
Bintan Service Apartment ni memang terbaik

exceed my expectation lah
sis tak expect pun yang sis dapat the whole apartment
for only RM116 per night
ada dua bilik tidur dan satu toilet
ruang tamu yang besar gila siap sofa, tv semua
ruang tamu dan bilik-bilik tidur semua ada aircond
ruang dapur dan meja makan pun ada
berbaloi gila untuk stay 4 orang, selesa!
ni hotel yang paling murah area lagoi yang sis jumpa kat agoda
tak sangka pula dapat yang best macam ni
yang penting, walking distance je ke Treasure Bay!
dan dalam kawasan apartment ni ada foodcourt
so kiteorang memang makan kat situ je
senangkan tempat makan pun dekat
sis memang recommend gila Bintan Service Apartment ni
untuk korang yang trip bajet macam sis huhu



bersambung pasal Treasure Bay di next post!


Tuesday, March 10, 2020

Phuket Itinerary 2020

Hai gais!
sabtu ni sampai selasa depan
sepatutnya sis dengan husband akan berada di phuket
for our 1st anniversary trip
sayangnya, kiteorang terpaksa cancel
antara salah satu sebabnya adalah
company husband sis akan kuarantin employee
yang pergi ke infected countries
for 14 days after balik nanti dan juga
hold gaji employee dalam masa yang sama
up to now, Malaysia dah ada 117 kes covid-19 tu
Thailand pula 50 kes je
jap gi dorang yang taknak accept Malaysian masuk kan
tak memasal kena kuarantin kat airport phuket

Lagi satu, husband sis ni senang kena sakit
kalau ada orang sekeliling yang sakit
dia pun akan senang dapat sakit juga
so dia memang risau gila nak pergi ke phuket ni
padahal nak pergi holiday sepatutnya kena lah happy kan
dia siap pujuk sis lagi suruh cancel kan trip ni
dan dia akan gantikan dengan trip dalam negara
dia akan tanggung all the cost
dan akhirnya mestilah sis terpujuk kan 😂

so we decided to go to penang!
last year sis dah pergi penang dengan family husband sis
we stayed at hard rock batu ferringhi
and grand lexis penang
of course lah most of the time dok hotel je
hotel bayar satu malam mahal kot
lagipun sebab family trip kan
so bayangkan jela cemana trip nya
kali ni sis dah siap dah buat itinerary 
nak pergi tempat yang sis belum pernah pergi
masa degree dulu, sis dengan kawan-kawan
sebenarnya dah pernah pergi penang
we stayed at penang for A WEEK!
penang best gila, lagi lagi dengan kawan-kawan
walaupun seminggu dok penang
still tak sempat nak jalan semua
nanti sis share itinerary penang tu okay!
for this post, sis nak share itinerary ke phuket dulu
kot lah useful untuk uols yang nak pergi nanti
so korang boleh refer sini

oh ya, pasal pre travel expenses tu
hotel dekat agoda tu free cancellation

cuma tiket flight jela burn sikit
since airasia memang tak cancel flight to phuket
macam dorang buat untuk some route to China
jadi, kita hanya boleh claim airport tax

claim tu boleh buat after return flight tu setel nanti
boleh dm Airasia dekat twitter untuk assist, refer sini 

or chat with AVA dekat website Airasia, refer sini
just as simple as that

jangan risau-risau ye

sekian itu saja
jumpa di next post
till then, stay safe guys
xoxo bye!

Friday, March 6, 2020

She's Pregnant!

Hai gais!
so siapa pregnant ni? haha
alhamdulillah adik ipar sis dah pregnant
semalam adik lelaki sis informed dalam family group whatsap
i was like wah dah pregnant!
sebab dorang kan baru kahwin on december last year
so i thought they wanted to have a year to spend with each other
only two of them, honeymoon berdua gittew
tapi maybe they already planned for anak lah kan
so sis harap ameera baik-baik je sepanjang pregnancy
dipermudahkan semuanya
anak dorang nanti jadi cucu sulung lah dalam family!
confirmed disayangi
lagi-lagi cucu dari anak lelaki family
kalau dalam chinese tradition
memang cucu dari anak lelaki lagi besar pangkatnya
sebab dorang membawa nama keluarga kan


Sis tak sangka bakal dapat anak sedara
sis harap muka dia nanti sebijik macam adik lelaki sis
mesti comel gila
so lebih kurang bulan 10 nanti
maklong boleh jumpa baby lah kan? yeayy! tak sabar
tapi dalam group semalam
lepas adik lelaki sis informed tu
mama abah wish tahniah je
takde pula dorang excited lebih
maybe sebab nak jaga hati sis kot
sebab sis kan belum pregnant
korang doakan lah ye supaya
sis dimurahkan rezeki untuk ada isi tahun ni 😁

sekian itu saja
xoxo bye!



Tuesday, March 3, 2020

Birthday Celebration at XOX Space Sunway Pyramid

Hai gais!
sabtu lepas 29 febuari 2020
lepas sis dengan husband setel appointment
dengan orang bank dekat Starling Mall
kiteorang terus ke Sunway Pyramid
sebab kena attend birthday celebration
dekat XOX Space

Tahukah anda?
XOX Space ni adalah tempat yang dikhaskan untuk
 sesiapa je yang nak lepak dan chill
ada free wifi tau
so instead of korang student ni pergi mcd untuk study
baik korang ajak kawan-kawan pergi study dekat XOX Space
yang menariknya kan
korang boleh je nak booked the whole XOX Space ni
untuk buat event for FREE
yes, you read it right
the whole kedai is yours
and it is FREE of charge!
tak kisah lah nak buat birthday celebration ke
bachelorette party ke
yang penting korang just kena isi form beforehand
kadang-kadang XOX sendiri pun ada je buat event kat situ
contohnya macam event derma darah

Sis terfikir juga memula
apa lah tujuan XOX
bagi free space for people do activity ni kan
apa yang XOX dapat in return?
rupanya they rent a unit for XOX Space ni
untuk marketing purpose
dan juga branding
so that people out there tahu kewujudan XOX
macam eh XOX? I've heard it somewhere lah
eh XOX? I think..
 I've been there before, XOX Space right?
ha gittew, secara tidak langsung
XOX dapat promote starter pack dorang
prepaid & postpaid
XOX Space ni so far ada dekat tiga tempat je
Sunway Pyramid, Sunway Velocity
dan Taylor's university

Sis baru first time masuk XOX Space
dekat Sunway Pyramid ni
rupanya kecik je 
muat dalam 50 orang je kot kalau nak buat event



Happy birthday to Alya Darwisyah!
satu-satunya anak perempuan kakgee
sorry takde gambar dengan birthday girl

sebab bad light bebeno kat Space XOX haritu
(guna fon pula tak canggih huhu)
aunty Siti doakan yang baik-baik je untuk Alya
semoga Alya berjaya dalam pelajaran
capai impian dan cita-cita Alya in the future
jadi anak yang solehah dan baik akhlaknya
sentiasa jaga hati your parents
especially bonda Alya okay?

sekian itu saja
jumpa di next post

xoxo bye!


Our First House

Hai gais!
sis nak share pasal rumah tapi husband sis tak kasi
since uols kan stranger bukannya kenal sis pun
so takpelah kot kalau sis nak share kan?


Okay last year lepas sis kahwin
husband sis dah sibuk-sibuk nak beli rumah
at last kiteorang booked lah rumah selangorku dekat Serdang
Pangsapuri Akasia, dekat dengan The Mines
korang boleh refer pamplet dekat sini
kiteorang tertarik sebab project tu low density
facilities semua macam condo
then floor plan untuk unit dia 1000sqft some more
besar okay gais untuk rumah Selangorku
sebab mostly jumpa semua 800sqft je
time tu developer dia, Opes Properties Sdn Bhd bagitau
project tu akan officially launch by the end of 2019
so nak locked unit dulu kena bagi deposit 5k
bila dah locked, tunggu punya tunggu takde news pun
sampailah bulan February 2020
husband sis contact balik property agent tu and minta refund
katanya tapak untuk apartment akasia tu
masih belum diluluskan oleh kerajaan
taktahu lah sampai bila nak tunggu kan? haih
dalam masa yang sama property agent tu suggest
satu project dekat Setapak which is Sky Awani 4
refer sini



Korang mesti tahu Sky Awani ni kan?
sebab femes kot, under developer SkyWorld
Sky Awani 1 & 2 dah buka dekat Sentul
Sky Awani 3 & 4 dekat Setapak ni on construction
cuma Sky Awani 4 ni siap lambat lagi lah, end of 2023
apa yang menariknya
this residential condo project under rumawip gais
so harga dia 300k je untuk 800sqft
previously kiteorang pernah usha sky meridien tau
bapaklah mahal pastu property agent tu siap proposed
suruh kiteorang beli buat investment
harga dia paling murah 400k lebih kot
memang tak lah weh, tak mampu ha
kiteorang memang aim rumah at most harga 300k je
rumah kat city area, kl or selangor
easily access by public transport
so Sky Awani 4 ni mengikutlah preferences kiteorang
walaupun kawasan dia tu agak dasyat ye dia punya jem on weekdays
tapi alah memana tempat pun jem kan?
conclusionnya, kiteorang pun booked lah unit dekat Sky Awani 4 ni
dengan booking fee 3k masa pergi SkyWorld Gallery @ Setapak last week




Terkejut bila dapat tahu project Sky Awani ni 
adalah bangunan 55 tingkat dan ada 3 block
tingkat atas sekali tu Sky Deck, boleh tengok scenery
tapi sis idoklah booked unit dekat tingkat tinggi-tinggi
sis terfikir cemana lah kan kalau rumah sis tingkat 54
pastu semua lif rosak serentak
sis rasa nak turun bawah tu guna payung terjun jela kot 😂
nak naik rumah balik tu agak-agak cemana lah ye
so sis booked dekat tingkat 12 je
scenery mengadap kl / sky awani 3





Next step lepas dah online register rumawip
pilih unit dan bayar depo rumah adalah
property agent akan submit document for bank loan
dia akan submit dekat dua tiga bank
sebab taktahu mana satu yang akan approved for 100% loan
bagi kes kiteorang ni
maybank, public bank dan rhb punya mortgage specialist
 terus contact husband sis hari keesokannya 
laju betul orang bank ni buat kerja
dari tiga bank yang contact tu
maybank reject application untuk full loan
dia kata gaji husband sis tak layak untuk full loan
so dia suggest lah suruh join loan
public bank pula process document amek masa seminggu
lambat nauu and most probably public bank tu macam maybank juga
suruh join loan
at last, rhb lah yang approved untuk full loan Alhamdulillah
interest dia sekarang 4.4%, pinjam sampai 35 tahun huhu
sekarang umur 29 tahun, jadi umur berapa tu baru habis bayar?
huhu lagi sekali
kiteorang dah pegi sign dah loan agreement hari sabtu lepas
orang bank pun dah explain progressive payment semua
penalty 1% bila bayar lambat, takaful loan etc
so sekarang tengah tunggu nak sign SNP (sales & purchase agreement)
dari pihak developer jela
korang doa lah supaya urusan jual beli rumah sis ni dipermudahkan ye
sis dah malas nak pening pasal rumah huhu

tak sabar nak decorate rumah sendiri wiwiwi

sekian itu saja
see you guys in my next post
xoxo bye!