Wednesday, March 11, 2020

Trip Bajet 2020 ke Batam & Pulau Bintan - Part 2

Day 2 : Khamis 13/2
pepagi lagi memasing dah bangun bersiap
lain maciam betul energy memasing nak pergi bercuti ni
dah lah malam sebelumnya tak cukup tido kan
tapi nak pergi berjalan punya pasal 
elok je semua bangun awal pagi 😆
Breakfast kiteorang pagi tu adalah sikmak telur rm3 sebab
Depan hotel Euro + ni ada brader bukak payung jual sikmak
jadi kiteorang dah sesiap beli
boleh lah breakfast dekat terminal puteri harbour tu nanti

Bila dah sampai puteri harbour
korang kena tukar printed ticket dari easybook tu
tukar dengan tiket sebenar dekat counter
dia just perlukan passport korang dan juga duit ferry tax
ferry tax sorang rm17
terminal puteri harbour ni betul-betul tak ramai orang
taktahu lah kot sebab musim corona virus, tu yang tak ramai orang
aman je dan kawasan dia cantik
then kalau tak breakfast lagi, ada je stand cafe kat situ
boleh je makan dulu sebelum dorang panggil masuk
untuk beratur cop passport dan check kastam

Perjalanan dari Terminal Puteri Harbour ke Batam Center
mengambil masa lebih kurang 2 jam
kiteorang sampai Batam Center tu
agak-agak pukul 10.30am waktu malaysia
Batam ni lambat sejam dari Malaysia
so kiranya masa tu baru pukul 9.30am
kiteorang terus keluar dari bangunan terminal
jalan kaki sikit menghala ke kiri
cari bangunan Singtel
Singtel ni macam Celcom kat Malaysia
syarikat jaringan telekomunikasi terbesar di Indonesia
kalau tak jumpa, korang tanya lah dekat pak guard
hati-hati dengan brader teksi tau
takut dorang follow korang dari pintu terminal tu
sebab kawasan terminal tu dipanggil red zone
grab tak boleh masuk

kiteorang ni nak beli simcard untuk book grab
grab untuk ke pelabuhan telaga punggur lagi murah dari teksi
okay, simcard yang Singtel jual untuk tourist
hanya lah simcard 10GB, harga 100k rp
kira murah tau ni gais, tak tipu
Benchmark dia cani, 1GB - 10k rp
kalau mahal tu kiranya korang kena ketuk lah 😂
jadi nak selamat, beli lah dekat bangunan Singtel tu sendiri
proses dia tak lama pun
dia akan minta passport korang je untuk registration
then bila dah setel semua, grab datang amek kiteorang
betul-betul dekat pintu masuk bangunan Singtel

Perjalanan ke Pelabuhan Telaga Punggur
mengambil masa dalam 30 minit
sepanjang perjalanan, pakcik grab ajak berbual-bual
tapi sayangnya topik yang pakcik tu keluarkan
sangatlah sensitif ye hahaha 
dia bualkan topik gojek taknak diterima di Malaysia
pastu cerita pasal Manohara, ex wife adik Sultan Kelantan
memang krik-krik lah ceritanya
lega betul bila dah sampai Pelabuhan Telaga Punggur tu
cepat-cepat kiteorang cari kaunter speedboat 
untuk ke Pelabuhan Tanjung Uban, Pulau Bintan

nak pergi Pulau Bintan ni korang boleh naik
speedboat atau roro (ferry)
kalau naik speedboat, 15 minit je
naik roro dalam sejam juga lah baru sampai
dan harga tiket of course lah naik roro lagi murah
tapi disebabkan kiteorang kejar masa nak pergi Treasure Bay
kiteorang terpaksa lah naik speedboat, 53k rupiah
Pelabuhan di Pulau Bintan pula ada dua
Tanjung Uban atau Tanjung Pinang
sis turun dekat Tanjung Uban
Kalau korang nak pergi Treasure Bay,
Lagoi Bay, Gurun Pasir tu semua 
korang turun lah dekat Tanjung Uban
kalau nak pergi Pantai Trikora, Pantai Penyengat tu semua
boleh lah turun dekat Tanjung Pinang
depends on korang punya itinerary lah
dan kat mana korang booked hotel korang tu
banyak hotel mur mur terletak di Tanjung Pinang
sebab Tanjung Pinang ni macam pekan kecil Pulau Bintan
resort-resort mahal mostly dekat area Lagoi
sis suggest korang amek Anmon resort /Natra resort

sebab dia dalam Treasure Bay
so dapatlah free entrance ke Treasure Bay huhu 

Hotel yang sis booked untuk
stay kat Pulau Bintan ni pun dekat Lagoi
dari Tanjung Uban nak ke Lagoi amek masa sejam tau
jadi korang bayangkan lah cemana hari kiteorang
dari satu tempat ke satu tempat
tak juga sampai-sampai ke destinasi tu hahaha
kalau pergi dengan family ni
memang confirm lah mak-mak dah bebel-bebel kan
bila nak sampai ni, sakit kaki tahu?!
jadi trip bajet macam ni hanya sesuai
pergi dengan kawan-kawan ye anak-anak
atau parents muda yang sukakan cabaran gitteww
so, dari Tanjung Uban nak ke Lagoi ni
sis dah booked supir siap-siap dari Malaysia
jadi masa kiteorang sampai tu, supir memang dah tunggu
nama supir ni Pak Siben, hensem betul orangnya
Pak Siben ni jemput kiteorang dengan Avanza
dan terus hantar kiteorang ke Bintan Service Apartment
bila dah setel urusan check-in, letak beg semua
kiteorang keluar balik untuk pergi lunch
dan terus ke Treasure Bay!

Tahu tak gais
Bintan Service Apartment ni memang terbaik

exceed my expectation lah
sis tak expect pun yang sis dapat the whole apartment
for only RM116 per night
ada dua bilik tidur dan satu toilet
ruang tamu yang besar gila siap sofa, tv semua
ruang tamu dan bilik-bilik tidur semua ada aircond
ruang dapur dan meja makan pun ada
berbaloi gila untuk stay 4 orang, selesa!
ni hotel yang paling murah area lagoi yang sis jumpa kat agoda
tak sangka pula dapat yang best macam ni
yang penting, walking distance je ke Treasure Bay!
dan dalam kawasan apartment ni ada foodcourt
so kiteorang memang makan kat situ je
senangkan tempat makan pun dekat
sis memang recommend gila Bintan Service Apartment ni
untuk korang yang trip bajet macam sis huhu



bersambung pasal Treasure Bay di next post!


Tuesday, March 10, 2020

Phuket Itinerary 2020

Hai gais!
sabtu ni sampai selasa depan
sepatutnya sis dengan husband akan berada di phuket
for our 1st anniversary trip
sayangnya, kiteorang terpaksa cancel
antara salah satu sebabnya adalah
company husband sis akan kuarantin employee
yang pergi ke infected countries
for 14 days after balik nanti dan juga
hold gaji employee dalam masa yang sama
up to now, Malaysia dah ada 117 kes covid-19 tu
Thailand pula 50 kes je
jap gi dorang yang taknak accept Malaysian masuk kan
tak memasal kena kuarantin kat airport phuket

Lagi satu, husband sis ni senang kena sakit
kalau ada orang sekeliling yang sakit
dia pun akan senang dapat sakit juga
so dia memang risau gila nak pergi ke phuket ni
padahal nak pergi holiday sepatutnya kena lah happy kan
dia siap pujuk sis lagi suruh cancel kan trip ni
dan dia akan gantikan dengan trip dalam negara
dia akan tanggung all the cost
dan akhirnya mestilah sis terpujuk kan 😂

so we decided to go to penang!
last year sis dah pergi penang dengan family husband sis
we stayed at hard rock batu ferringhi
and grand lexis penang
of course lah most of the time dok hotel je
hotel bayar satu malam mahal kot
lagipun sebab family trip kan
so bayangkan jela cemana trip nya
kali ni sis dah siap dah buat itinerary 
nak pergi tempat yang sis belum pernah pergi
masa degree dulu, sis dengan kawan-kawan
sebenarnya dah pernah pergi penang
we stayed at penang for A WEEK!
penang best gila, lagi lagi dengan kawan-kawan
walaupun seminggu dok penang
still tak sempat nak jalan semua
nanti sis share itinerary penang tu okay!
for this post, sis nak share itinerary ke phuket dulu
kot lah useful untuk uols yang nak pergi nanti
so korang boleh refer sini

oh ya, pasal pre travel expenses tu
hotel dekat agoda tu free cancellation

cuma tiket flight jela burn sikit
since airasia memang tak cancel flight to phuket
macam dorang buat untuk some route to China
jadi, kita hanya boleh claim airport tax

claim tu boleh buat after return flight tu setel nanti
boleh dm Airasia dekat twitter untuk assist, refer sini 

or chat with AVA dekat website Airasia, refer sini
just as simple as that

jangan risau-risau ye

sekian itu saja
jumpa di next post
till then, stay safe guys
xoxo bye!

Friday, March 6, 2020

She's Pregnant!

Hai gais!
so siapa pregnant ni? haha
alhamdulillah adik ipar sis dah pregnant
semalam adik lelaki sis informed dalam family group whatsap
i was like wah dah pregnant!
sebab dorang kan baru kahwin on december last year
so i thought they wanted to have a year to spend with each other
only two of them, honeymoon berdua gittew
tapi maybe they already planned for anak lah kan
so sis harap ameera baik-baik je sepanjang pregnancy
dipermudahkan semuanya
anak dorang nanti jadi cucu sulung lah dalam family!
confirmed disayangi
lagi-lagi cucu dari anak lelaki family
kalau dalam chinese tradition
memang cucu dari anak lelaki lagi besar pangkatnya
sebab dorang membawa nama keluarga kan


Sis tak sangka bakal dapat anak sedara
sis harap muka dia nanti sebijik macam adik lelaki sis
mesti comel gila
so lebih kurang bulan 10 nanti
maklong boleh jumpa baby lah kan? yeayy! tak sabar
tapi dalam group semalam
lepas adik lelaki sis informed tu
mama abah wish tahniah je
takde pula dorang excited lebih
maybe sebab nak jaga hati sis kot
sebab sis kan belum pregnant
korang doakan lah ye supaya
sis dimurahkan rezeki untuk ada isi tahun ni 😁

sekian itu saja
xoxo bye!



Tuesday, March 3, 2020

Birthday Celebration at XOX Space Sunway Pyramid

Hai gais!
sabtu lepas 29 febuari 2020
lepas sis dengan husband setel appointment
dengan orang bank dekat Starling Mall
kiteorang terus ke Sunway Pyramid
sebab kena attend birthday celebration
dekat XOX Space

Tahukah anda?
XOX Space ni adalah tempat yang dikhaskan untuk
 sesiapa je yang nak lepak dan chill
ada free wifi tau
so instead of korang student ni pergi mcd untuk study
baik korang ajak kawan-kawan pergi study dekat XOX Space
yang menariknya kan
korang boleh je nak booked the whole XOX Space ni
untuk buat event for FREE
yes, you read it right
the whole kedai is yours
and it is FREE of charge!
tak kisah lah nak buat birthday celebration ke
bachelorette party ke
yang penting korang just kena isi form beforehand
kadang-kadang XOX sendiri pun ada je buat event kat situ
contohnya macam event derma darah

Sis terfikir juga memula
apa lah tujuan XOX
bagi free space for people do activity ni kan
apa yang XOX dapat in return?
rupanya they rent a unit for XOX Space ni
untuk marketing purpose
dan juga branding
so that people out there tahu kewujudan XOX
macam eh XOX? I've heard it somewhere lah
eh XOX? I think..
 I've been there before, XOX Space right?
ha gittew, secara tidak langsung
XOX dapat promote starter pack dorang
prepaid & postpaid
XOX Space ni so far ada dekat tiga tempat je
Sunway Pyramid, Sunway Velocity
dan Taylor's university

Sis baru first time masuk XOX Space
dekat Sunway Pyramid ni
rupanya kecik je 
muat dalam 50 orang je kot kalau nak buat event



Happy birthday to Alya Darwisyah!
satu-satunya anak perempuan kakgee
sorry takde gambar dengan birthday girl

sebab bad light bebeno kat Space XOX haritu
(guna fon pula tak canggih huhu)
aunty Siti doakan yang baik-baik je untuk Alya
semoga Alya berjaya dalam pelajaran
capai impian dan cita-cita Alya in the future
jadi anak yang solehah dan baik akhlaknya
sentiasa jaga hati your parents
especially bonda Alya okay?

sekian itu saja
jumpa di next post

xoxo bye!


Our First House

Hai gais!
sis nak share pasal rumah tapi husband sis tak kasi
since uols kan stranger bukannya kenal sis pun
so takpelah kot kalau sis nak share kan?


Okay last year lepas sis kahwin
husband sis dah sibuk-sibuk nak beli rumah
at last kiteorang booked lah rumah selangorku dekat Serdang
Pangsapuri Akasia, dekat dengan The Mines
korang boleh refer pamplet dekat sini
kiteorang tertarik sebab project tu low density
facilities semua macam condo
then floor plan untuk unit dia 1000sqft some more
besar okay gais untuk rumah Selangorku
sebab mostly jumpa semua 800sqft je
time tu developer dia, Opes Properties Sdn Bhd bagitau
project tu akan officially launch by the end of 2019
so nak locked unit dulu kena bagi deposit 5k
bila dah locked, tunggu punya tunggu takde news pun
sampailah bulan February 2020
husband sis contact balik property agent tu and minta refund
katanya tapak untuk apartment akasia tu
masih belum diluluskan oleh kerajaan
taktahu lah sampai bila nak tunggu kan? haih
dalam masa yang sama property agent tu suggest
satu project dekat Setapak which is Sky Awani 4
refer sini



Korang mesti tahu Sky Awani ni kan?
sebab femes kot, under developer SkyWorld
Sky Awani 1 & 2 dah buka dekat Sentul
Sky Awani 3 & 4 dekat Setapak ni on construction
cuma Sky Awani 4 ni siap lambat lagi lah, end of 2023
apa yang menariknya
this residential condo project under rumawip gais
so harga dia 300k je untuk 800sqft
previously kiteorang pernah usha sky meridien tau
bapaklah mahal pastu property agent tu siap proposed
suruh kiteorang beli buat investment
harga dia paling murah 400k lebih kot
memang tak lah weh, tak mampu ha
kiteorang memang aim rumah at most harga 300k je
rumah kat city area, kl or selangor
easily access by public transport
so Sky Awani 4 ni mengikutlah preferences kiteorang
walaupun kawasan dia tu agak dasyat ye dia punya jem on weekdays
tapi alah memana tempat pun jem kan?
conclusionnya, kiteorang pun booked lah unit dekat Sky Awani 4 ni
dengan booking fee 3k masa pergi SkyWorld Gallery @ Setapak last week




Terkejut bila dapat tahu project Sky Awani ni 
adalah bangunan 55 tingkat dan ada 3 block
tingkat atas sekali tu Sky Deck, boleh tengok scenery
tapi sis idoklah booked unit dekat tingkat tinggi-tinggi
sis terfikir cemana lah kan kalau rumah sis tingkat 54
pastu semua lif rosak serentak
sis rasa nak turun bawah tu guna payung terjun jela kot 😂
nak naik rumah balik tu agak-agak cemana lah ye
so sis booked dekat tingkat 12 je
scenery mengadap kl / sky awani 3





Next step lepas dah online register rumawip
pilih unit dan bayar depo rumah adalah
property agent akan submit document for bank loan
dia akan submit dekat dua tiga bank
sebab taktahu mana satu yang akan approved for 100% loan
bagi kes kiteorang ni
maybank, public bank dan rhb punya mortgage specialist
 terus contact husband sis hari keesokannya 
laju betul orang bank ni buat kerja
dari tiga bank yang contact tu
maybank reject application untuk full loan
dia kata gaji husband sis tak layak untuk full loan
so dia suggest lah suruh join loan
public bank pula process document amek masa seminggu
lambat nauu and most probably public bank tu macam maybank juga
suruh join loan
at last, rhb lah yang approved untuk full loan Alhamdulillah
interest dia sekarang 4.4%, pinjam sampai 35 tahun huhu
sekarang umur 29 tahun, jadi umur berapa tu baru habis bayar?
huhu lagi sekali
kiteorang dah pegi sign dah loan agreement hari sabtu lepas
orang bank pun dah explain progressive payment semua
penalty 1% bila bayar lambat, takaful loan etc
so sekarang tengah tunggu nak sign SNP (sales & purchase agreement)
dari pihak developer jela
korang doa lah supaya urusan jual beli rumah sis ni dipermudahkan ye
sis dah malas nak pening pasal rumah huhu

tak sabar nak decorate rumah sendiri wiwiwi

sekian itu saja
see you guys in my next post
xoxo bye!





Wednesday, February 26, 2020

Trip Bajet 2020 ke Batam & Pulau Bintan - Part 1

Hai gais!
hari ni sis nak cerita pasal trip sis ke batam
dan pulau bintan dua minggu yang lepas
12-16hb febuari 2020
kali ni sis ajak dua kawan uitm sis, tan dan noya
juga sorang ofismet sis, raihan
macam tak percaya je
dah kahwin pun still boleh jenjalan dengan kawan-kawan kan
so kenapa sis pilih batam dan pulau bintan?
sebabnya kiteorang ni nak trip yang bajet RM500 je
jadi selain thailand dan singapore
batam pun sebelah malaysia je kan
dan boleh cross dengan ferry je
kalau nak naik flight ke batam pun boleh
ada je flight dari subang/klia2 ke batam
tapi kalau naik flight, bajetnya lari lah hahaha

Okay back to the main point
kiteorang bertolak ke johor hari rabu malam 12/2
memasing baru balik kerja
tan datang amik sis dgn raihan kat damansara
then kiteorang ke putrajaya sebab nak park dekat rumah noya
kiteorang actually naik kereta noya ke johor
sepanjang perjalanan tu memasing tak tido walaupun kepenatan
sebab dah lama tak jumpa kan
jadi memasing update lah life dan share stories
alhamdulillah pukul 10pm tu kiteorang dah dekat rnr ayer keroh
makan kfc dan aiskrim dekat news jap
sebelum sambung perjalanan ke Skudai
tol dari kl ke skudai dalam rm40 tau

Kiteorang finally sampai di Hotel Euro + Skudai dalam pukul 1 pagi
sis booked bilik deluxe family quad dekat agoda, rm102.34 je
ada dua katil single dan satu katil queen
bilik dia besar gila selesa sangat sangat
memang sesuai dan sangat recommended
untuk sesape yang nak ke terminal puteri harbour
jarak hotel tu dengan terminal tu 20min je

Exterior view


images

Deluxe Family Quad - Guestroom

Note that ada tiga terminal yang uols boleh pilih untuk ke Batam
first one paling femes adalah terminal stulang laut
sebab dia ada gudang free tax zone
jadi alang-alang balik nanti boleh lah beli chocolate kan
kedua adalah terminal pasir gudang
ketiga adalah terminal puteri harbour
sis pilih terminal puteri harbour sebab parking free untuk kereta
dan tiket dia ke batam center lagi murah dari pasir gudang
kalau dekat stulang laut ni kena bayar parking kereta rm6/night
sis dah sesiap beli ferry tiket return
dari puteri harbour ke batam center dekat website easybook
tiket return sekali dengan insurance untuk sorang rm86.75 je
kiteorang naik dolphin fast ferry, pukul 8.30am


bersambung..

Monday, February 24, 2020

60KG

Hai gais!
okay sis tahu sis belum sempat update pun
pasal trip umrah sis hahaha
sebab selang dua minggu lepas balik umrah tu
sis terus pergi batam dengan kawan-kawan uitm sis
tahu tak lepas balik umrah tu
seminggu pun tak hilang penat dia gais
dah lah muka berbelang telekung solat
husband sis pun sampai tergelakkan sis
muka macam telur katanya 😤
ni kurang sebulan sis ada trip ke phuket lagi
kali ni dengan husband tersayang
bayangkan kalau tiga trip ni on pending post hahahha

as per title

yes you read it right
sis sekarang dah cecah berat 60kg
happily married to muhammad redha firdaus
baru setahun ni dah naik berat 6kg
banyak lagi tahun-tahun mendatang dengan redha
huwaaaa takodd
doakan sis terus kuat untuk mencapai berat asal 53kg balik
sebab sebelum kahwin tu dah naik berat sampai 58kg

tapi berjaya turun kan balik sebab pergi gym
and jaga makan
jaga makan tu like tak makan manis tak makan nasi
just makan roti dgn telur je hari-hari
susahnya nak buat macam tu sekarang
sebab sekarang ni hari-hari masak untuk redha
bekalkan dia untuk bawa pergi kerja
sis is solehahs okays

plus lepas balik dari umrah ni kan
hitam dia lain macam muka ni
tambah pula berjemur dekat batam haritu
lagi lah dua kali hitam
pastu nak pergi phuket lagi ni
maksudnya tiga kali hitam lah? huwaaaaa
nak putih balik ingat senang ke huhu


maafkan kening sis yang tak conceal

 sekian bebelan sis





Nasi Lemak Saleha Setapak

Hai gais!
semalam sis sempat lunch dekat Nasi Lemak Saleha Setapak
sis sebenarnya ada appointment
dekat Sky Awani Sales Gallery Setapak
itu yang alang-alang singgah Nasi Lemak Saleha
lagipun dah lama teringin nak makan Nasi Lemak Saleha ni
peminat nasi lemak mesti tahu
yang Nasi Lemak Saleha ni femes
sis ni asyik makan Nasi Lemak Wanjo Kampung Baru je 
asyik makan Nasi Lemak 223 je
bosan juga asyik benda sama je kan
Jadi setahu sis, Nasi Lemak Saleha ni ada dua cawangan
satu dekat setapak satu lagi dekat ampang
tapi yang dekat ampang tu tak pernah pergi
sesape yang nak pergi Nasi Lemak Saleha dekat Setapak ni
boleh lah waze ke Nasi Lemak Saleha
kalau address dia No.8 Jalan Seri Rejang 5 Kuala Lumpur
ha kira betul lah tu
dia dekat dengan Sri Rampai
tapi waze ni mungkin akan bawa kita ke kilang Nasi Lemak Saleha
jangan risau sebab restoren Nasi Lemak Saleha tu
betul betul membelakangkan Restoren Ramly Burger tu je
punya lah kaya owner nasi lemak ni kan
sampai ada kilang nasi lemak sendiri



Nasi Lemak Saleha ni punya operation hour
dari 6.30am ke 12am

sis order nasi lemak telur RM5
husband sis order nasi lemak ayam goreng RM8
dah nasi lemak ni femes kan
op kos lah kena mahal sikit harganya
tapi rasa dia sedap gais tak menyesal
dorang kekalkan authenticity of nasi lemak tu
sambal dia pedas-pedas gitu je
secukup rasa sedap gila
dan nasi dia memang wangi
korang kena pergi try kalau ada sekitar kawasan Setapak



sekian itu saja
jumpa di next post

xoxo bye!






Tuesday, February 11, 2020

US Pizza Tropicana Branch

Hai gais!
so the other day, redha sat for HR exam
and alhamdulillah ya rab, he passed the exam
bila pass exam dia dapat cash reward dari organization tu
jadi weols pun pergilah celebrate dekat US Pizza yeay!
thankyou redha sayang belanja 💗
US Pizza yang paling dekat dengan rumah kiteorang adalah
US Pizza Tropicana Branch
dekat je dengan ofis sis
tapi since US Pizza Tropicana Branch ni baru bukak
sis pun belum berkesempatan lah makan kat situ
actually dia ada dua lagi branch korang google lah ye hahaha
rasanya satu dekat SS15, satu lagi dekat sri hartamas






Kedai kat Tropicana Avenue ni kecik je
kiteorang pergi sabtu lepas (08/02/2020)
time dinner pula tu, jadinya memang lah full house
so kiteorang decided untuk order set yang ada
1 regular pizza yang ada dua flavour
texas bbq chicken and italiano chicken pizza
ada 2 garlic twist, 2 glass of american ice tea
4 pieces of bbq chicken wing
and Belgian's dark chocolate lava cake






okay sekarang nak review pula rasa makanan tu
pizza dia serius biasa biasa je, macam pizza hut
dominos lagi sedap kot 
actually US Pizza ni famous dengan Pizza Cheese Boat
tapi taktau lah kenapa tak order yang tu aduh menyesalnya hahaha
next time nak order cheese boat lah tak kira!
next, american ice tea tu serious teh ais biasa
ha garlic twist dia sedap, lagi sedap dari pizza hut punya
sebab dia lembut je dan wangii
wangi dengan bau garlic
and and and lava cake dia win gais
sedap gillla TAPI kecik je sekali sumbat mulut dah habis
kena makan sikit sikit lah sebab nak nikmati setiap kunyahan tu
 harga pula rm9.50 hm taktahu nak cakap berbaloi ke tak
bak kata redha, takpelah sekali sekala huhu
last but not least
chicken wing dia pula flavour bbq tu menjadikan ayam tu sedap
flavour lain iols taktau tapi rasanya macam ada bbq je
okay total set ni semua rm60
hm tak murah juga kan, standard harga pizza hut lah




sekian saja bebelan sis
see you gais in my next post
xoxo bye!






Monday, February 10, 2020

Salai Master Damansara

Hai gais!
hari ni sis dengan ofismate makan dekat Salai Master
kedai ni dekat je dengan ofis sis
dalam 10 min gitu dah sampai
kalau korang nak pergi
boleh lah waze ke Salai Master Damansara
konsep dia sama je macam Rasta TTDI
sejenis foodcourt dan ada busker



Seperti yang sedia maklum
Salai Master ni masakan orang nogori
jadi memang pedas lah ye
kalau jenis yang tak makan pedas tu
boleh je makan kat kedai-kedai lain
ada kedai western, ada kedai masakan panas goreng-goreng
ada kedai desserts juga jual cendol, abc semua tu





Tadi lunch sis ambil nasi putih
timun dan ikan talapia masak lemak cili api
sedap gila ikan talapia dia lembut je
tak berbau pun
harga pula rm14 je
dah lah besar, siap boleh share dua orang makan lagi
memang berbaloi gila
ada macam-macam jenis ikan ye bukan ikan talapia je
selain ikan ada juga ayam, itik, kerang, siput dan lain-lain
cicah pula dengan cili kicap kan perghhhh
boleh lah next time sis datang lepak kat sini lagi
ajak husband pula aherher


sekian itu saja
jumpa di next post
xoxo bye!